Khamis, 2 Julai 2015

Resepi Ayam Masak Merah Kebabom

Serius, sangat sedap Ayam Masak Merah ini dan pastinya ia akan menjadi a keeper recipe untuk masakan Ayam Masak Merah saya di masa masa hadapan. Bahan bahan yang digunakan pun sangat simple. Ada sesetengah resepi, menggunakan tomato puree yang agak mahal. Dan yang paling tak best, ianya digunakan sedikit sahaja dan bakinya jika tak digunakan akan terbuang begitu sahaja. Saya perhatikan resepi ini tidak menggunakan gula tapi saya menambah sedikit gula bagi melengkapkan rasanya mengikut citarasa anda

Jom kita tengok resepi di bawah ini. Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya, bolehlah cuba memasaknya sendiri. Pasti terpikat dengan sambalnya yang pekat melekat gitew


Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan 
250 ml air 
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal

Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

 Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan