Rabu, 14 September 2016

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MENUSUK KALBU

Image result for ayam goreng berempah


Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan buat ayam goreng berempah:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • serbuk cili
  • garam
  • beberapa helai daun limau purut yang diracik halus
  • minyak untuk menggoreng
Bahan kisar halus:
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
Bahan kisar kasar:
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit
  • 2 batang serai
Cara buat ayam goreng berempah:
  1. Basuh ayam dengan air bersih dan potong kecil. Toskan.
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar (halus dan kasar) bersama bahan lain dalam mangkuk besar.
  3. Gaul campuran ayam dan bahan kisar tadi sampai rata dan rempah ratus sampai menyaluti ayam.
  4. Perap dulu selama 1 jam sebelum digoreng biar sedap. Kalau perap lama dikit pun makin best.
  5. Bila nak makan, goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Bila sudah garing bawahnya, jangan lupa dibalikan supaya ianya masak rata.
  6. Angkat dan toskan ayam goreng tadi. Angkat sekali-kali rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tak diangkat, nanti rempah jadi hangit dan pahit.
  7. Teruskan menggoreng hingga ayam habis.
  8. Ayam sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.
Itulah resepi ayam goreng berempah rangup dan simple lagi best. Ayam goreng berempah boleh jadi lauk pilihan setiap hari karena anak-anak tak pernah bosan. 
Image result for cheese kek meleleh
RESEPI LAZAT SETERUSNYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan