Rabu, 14 September 2016

RESEPI CHEESE KEK SIMPLE

Image result for cheese kek meleleh


RESEPI SNOW CHEESE CAKE / KEK KEJU MELELEH
BAHAN-BAHAN :
UNTUK KEK
-100 g tepung hongkong (husna guna tepung gandum)*
-60 g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette
-100 g gula kastor
-4 biji telur (husna guna telur gred A)
-2 biji kuning telur
-50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-75 g mentega cair
-sedikit esen vanilla (husna lupa nk letak td.. aishh.. yg ni nk letak xpe, xnk letak pon xpe..)
CARA :
1. Ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.
2. Campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Putar lagi, sebatikan.
3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dengan sedikit butter.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. Guna api atas dan bawah.

UNTUK KRIM
-250 g cream cheese
-120 g susu pekat manis
- 50 ml UHT whipping cream
(satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)
UNTUK TOPPING
-1 buku HIMELT CHEESE dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah 'HEAT STABLE CHEESE')
(parut.. dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)
CARA PENYEDIAAN :
1. Kek yg dimasak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 keping, husna bahagikan kepada 2 keping guna benang.
2. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
3. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4. Akhir sekali, taburkan HIMELT CHEESE yg telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
5. Sebelum di makan.. masukkan dalam peti ais dulu yee.. dalam 1-2 jam. lepas tu baru potong.
Selamat mencuba!
Image result for spaghetti carbonara
RESEPI ENAK SETERUSNYA...

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA CHEESE


Image result for spaghetti carbonara

Resepi Spaghetti Carbonara


sebenarnya, saya dapat resipi ini dari rakan facebook dan ketika saya lihat saya ingin terus mencuba di dapur. memang mudah resepi ini kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakanya. jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1/2 paket spaghetti
  • 6 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3/4 tin mushroom soup
  • 2 batang sosej ayam
  • lada hitam
  • parmesan cheese
  • 500 ml susu segar
  • 1/4 paket ayam kisar
  • mix herb
  • gara secukupnya
Cara Membuat Spaghetti Carbonara

1. mula-mula rebus spaghetti hingga lembut selama lebih kurang 20 minit kemudian masukan sedikit minyak dan garam ketika merebus

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang puith dan bawang besar hingga harum. masukan ayam kisar dan bila sudah separuh masak masukan juga sosej

3. kemudian masukan mushroom soup bersama susu segar dan bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan dengan air atau susu segar.

4. lepas tu masukan lada hitam, mix herb, dan garam kemudian gaul rata. taburkan sedikit cheese dan gaul hingga rata. matikan api dan spaghetti carbonara siap untuk dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja kan resepi spaghetti carbonara cheese ini dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ya.


Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce

RESEPI LAZAT SETERUSNYA...
RESEPI CHICKEN CHOP MELETOPS


RESEPI CHICKEN CHOP BLACK PEPPER MELETOP


RESEPI CHICKEN CHOP BLACK PEPPER MELETOPS..

Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce
Chicken Chop

Bahan-Bahan
  • 4 - 5 bahagian ayam - dada/peha dan buang tulang
  • 5 inci halia - kisar halus
  • 2 sudu besar saus manis
  • 2 sudu besar saus tiram
  • 3 ulas bawnag putih - kisar halus
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukupnya
Bahan Salutan 
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur - kacau
  • 100 gm bread crumbs

Cara Membuatnya

1. mula-mula bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk lada sulah, saus tiram, saus manis, bahan kisar, dan garam. lepas tu masuka dalam tupperware dan perap selama lebih kurang 4 jam dalam peti ais.

2. kemudian bila sudah cukup masa, ambil ayam perap tadi gaul dengan tepunbg gandum. siapkan mangkuk dan pecahkan telur kemudian kacau.

3. ambil ayam yang sudah digaulkan dengan tepung gandum dan celupkan kedalam telur dan salut dengan breads crumbs.

4. panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana hingga warnaya keemasan.

Black Pepper Sauce

Bahan-Bahan

  • 2 sudu kecil saus manis
  • 1 sudu kecil saus tiram
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 1 sudu besar planta
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam @
  • 1 sudu besar tepung jagung @ ( bancuh dengan sedikit air)
  • sedikit garam @
Cara-Cara

1. satukan semua bahan kecuali tanda @ kedalam periuk. selepas tu kacau rata dan didihkan diatas api hingga meruap sesekali kacau

2. bila sudah meruap masukan sedikit garam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam.

3. kacau sekejap dan matikan api.

akhirnya, Chicken Chop Black Pepper Sauce siap untuk dihidangkan. bagaimana mudah saje kan resepi yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya.



Buat Doh Pizza lazat
RESEPI PIZZA GEBU GEBASS KLIK SINI







RESEPI PIZZA GEBU GEBAS

RESEPI PIZZA GEBU GEBAS



Buat Doh Pizza lazat

Bahan-bahan membuat PIZZA ala Domino saiz 11 inci


** Untuk Doh Pizza ** 

  • 200g / 2 cawan tepung gandum 
  • 20g / 2 sk yis segera 
  • 3g / 1/2 sk garam 
  • 5g / 1 sk gula 
  • 10g / 2 sb minyak sayuran atau minyak zaitun 
  • 1/2 cawan air suam untuk menguli

** Untuk sos pizza ** 

  • 1 labu bawang besar - cincang halus 
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus 
  • 2 biji tomato - cincang halus 
  • 2 sb minyak masak 
  • 3 sb tomato puri 
  • 2 sb sos tomato 
  • 3/4 st gula 
  • 1 sk oregano 
  • garam & gula

** Untuk Topping ** 

  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu, tuna/sardin (ikut kesukaan dan citarasa masing-masing) JANGAN dicampur makanan laut dengan darat. 
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato 
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas 
  • Keju mozzarella, chedar atau parmesan untuk pizza

Resepi Cara mudah membuat Pizza gaya Italiano


Untuk membuat  sos Pizza 
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan-bahan lain (**bahan untuk sos** tadi). Masak sampai agak pekat. Tutup api & biar sejukkan sebentar.

Untuk membuat Doh Pizza

1. Campurkan tepung gandum, Yis, garam, gula dan juga minyak di dalam satu mangkun. Gaul rata. Masukkan air suam sikit demi sedikit dan uli sehingg doh menjadi lembut dan tidak lekat di tangan.

PERINGATAN : Pastikan Yis yang korang beli tu aktif. Paling selamat lakukan proses Penapaian. Mudah saje. Ambil air suam dalam 1/3 cawan dan campurkan dengan 1/3 sudu kecil tepung gamdum dan ½ sudu kecil gula dan juga yis. Kalau Yis berbuih maknanya yis tu aktif dan bolehlah korang campur bahan-bahan doh pizza.

2. Sukatan air pula bergantung pada tepung gandum yang korang gunakan, agak-agak supaya doh pizza tu tak melekat di tangan. Lumur doh dengan minyak zaitun atau majerin dan masukkan dalam plastic bersih. Ramas-ramas doh beberapa minit sambal duduk depan TV. Buat lebih kurang 5-10 minit aje. Lepas tu keluarkan dari plastic dan masukkan dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak. Kemudian, tutup bekas dengan plastik cling. { boleh juga guna kain putih yang bersih}

3. Letakkan mangkuk yang berisi doh di dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda. Boleh letak tepi ketuhar atau dapur gas.Nak lagi cantik perap di tempat yang ada cahaya matahari. Cara nak tau doh dah cukup perap ialah dengan tekan doh dengan jari, doh tu tak akan memantul. Kira dah cun dah tu.

4. Tumbuk-tumbukkan doh kasi keluar angina. Bukan badan manusia aje ada angin. Doh pizza pun ada angin juga. Lepas tu rehatkan lagi doh lebih kurang 7 minit. Banyak betul doh ni rehat.

5. Minyakkan acuan pizza atau Loyang yang nak diguna. Sampai masanya korang canaikan doh jadi bulan setelaj agak-agak dalam 2 cm. Kalau nak isi cheese kat tepi pun boleh juga. Terpulang pada selera korang. Masukkan doh dalam Loyang dan biarkan ia kembang sikit.

6. Cucuk-cucukkan adunan doh tadi dengan garfu supaya tak gelembung masa bakar. Kemudian bolehlah sapu permukaan Doh dengan sos pizza yang dah dimasak tadi dan ditabur dengan cheese.

7. Tabur topping pizza dan keju parmesan atau chedar cheese sekali lagi untuk bagi rasanya lebih lazat lagi.

8. Akhir sekali bakar pizza gebu ala-ala domino tu selama lebih kurang 25-30 minit pada suhu ketuhar 200 Degree.