Rabu, 14 September 2016

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE

Image result for spaghetti bolognese

Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan buat spaghetti bolognese:
  • 500 gm spaghetti sepakej
  • 500 gm daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning di cincang halus
  • 1 ulas bawang putih di cincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4 tomato segar ranum di dadu
  • 1 batang carrot di dadu kecil
  • 2 batang celery di dadu kecil
  • 1 tin cendawan butang di hiris
  • 1 kiub stok daging lembu
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar butter
  • Garam dan gula secukupnya
Cara buat spaghetti bolognese:
  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar dan masukkan 2 sudu teh garam.
  2. Masukkan Spaghetti bila air mendidih.
  3. Kacau sekali-sekali dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun.
  4. Bila spaghetti sudah lembut, angkat dan toskan.
Cara buat kuah sos spaghetti bolognese:
  1. Panaskan minyak zaitun dan butter ke periuk yang tinggi dan dalam.
  2. Bila butter sudah cair dan berbuih, masukkan bawang besar dan bawang putih cincang sehingga layu.
  3. Masukkan daging cincang sambil di ketuk-ketuk.
  4. Goreng hingga daging keperangan.
  5. Masukkan semua sayuran dan goreng hingga lembut.
  6. Masukkan susu dan kuatkan api hingga susu mendidih sambil di kacau selalu.
  7. Bila semua susu telah dirasa meresap di daging, masukkan tomato puri dan tomato segar.
  8. Masukkan 2 tin air ke dalam kuah dengan gunakan tin tomato puri.
  9. Kacau sos sambil di tekan-tekan sehingga tomato hancur.
  10. Masukkan herba, kiub, garam dan gula secukup rasa.
  11. Biar mendidih sekira 7 minit dan perlahankan api.
  12. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Bila anda mencuba resepi spaghetti bolognese sedap dan simple ini, anda mesti rasa dan timbang sendiri masa, manis dan masin sosnya. Anda boleh cuma renih 1 jam untuk buat sos pekat dan cantik. Beza dengan orang Itali yang merenih sos sampai 4 jam

                                                   Image result for ayam goreng kfc
                                            RESEPI ENAK SETERUSNYA..
                                             RESEPI AYAM GORENG KFC

RESEPI AYAM GORENG ALA-ALA KFC!!

Image result for ayam goreng kfc

Resepi Ayam KFC Rangup


ramai orang suka dengan daging ayam yang digoreng dengan disadur adunan tepung dan sejak saya expert buat ayam ala KFC ini, kami sekeluarga tak pergi ke KFC dah. pasti bonda ingin tahu kan? jom kita lawan resepi dibawah.

Bahan Perap Ayam

  • 1 ekor ayam - dipotong mengikut selera
  • 8 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu serbuk kari ayam
  • 3 - 5 sudu besar serbuk cili
  • secubit perasa yang dibenarkan
  • secubit bikarbonat of soda
  • sedikit air
Bahan Salut Tepung Ayam
  • 3 cawan tepung jagung
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 biji telur - pukul telur secara berasingan
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • secubit bikarbonat of soda
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan
#1: perap ayam dengan bahan perap tadi selama  lebih kurang 1 jam. kemudian semua bahan salut tepung ayam di gaul rata hingga ramuan tepung sebati. selepas tu pukul telur dan golekan ayam dengan telur.

#2: selepas ayam di golekan dengan telur letak ayam ke dalam bahan salut tepung ayam tadi dan diletakan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan hingga sebati.

#3: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang dah di salut tadi hingga tenggelam dan bila warna ayam sudah keemasan. angkat dan hidangkan.

resepi ayam goreng KFC juga boleh dibuat mengikut bahan campuran selera sendiri dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

Image result for ayam goreng berempah
RESEPI MEMIKAT SETERUSNYA.